"Tuan, boleh ke bagitahu kalau kes ........ apa nak buat bila jadi macam ni dan kita boleh buat apa. Boleh bagitahu prosedurnya?"
Pertama sekali bila ada persoalan sebegini, sila nyatakan nama dan tempat anda sebagai rujukan awal kami.
Bertanyalah dengan sopan bersesuaian dengan anda memohon pertolongan dengan percuma. Fahami baik-baik bahawa kami tiada tanggungjawab untuk menjawab atau membantu anda, maka bersyukur dan berterima kasih jika kami cuba menjawab walaupun dalam kesempitan masa.
Ada persoalan sebegini kami jawab, ada kami abaikan. Ada kami jawab bahawa tiada apa boleh dijawab kecuali lantiklah peguam.
Apa yang ingin saya responkan secara personal ialah pertanyaan sebegini menjuruskan kepada prosedur, teknikaliti, idea dan pengalaman peguambela yang tidak ada pada peguambela lain. Lebih penting adalah, apa pun jawapan saya selaku peguambela tidak akan boleh dilaksanakan oleh anda. Buat apa sekadar tahu dan buat apa kami ingin menjelaskan semuanya itu jika tiada guna buat anda. Anda tiada locus standi dan hatta tiada pengetahuan sistem perundangan Malaysia apatah lagi bab prosedur dan pembuktian.
Apa yang penting, bila respon sedemikian, jangan marah kami ibarat tidak bersyukur dan menyangka anda seorang sahaja bermasalah besar. Harap pembaca budiman faham antara perkara boleh dijawab dan dilakukan. Manakala ada perkara seperti pengalaman tidak boleh dikongsi dan juga tidak dapat dilakukan oleh anda.
Ada persoalan yang baik ditanya tetapi tidak pulak "like" page kami.
Do not break my heart
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..