Tuesday, March 2, 2021

[814.21] PENAMATAN KERJA / KONTRAK ATAS MASALAH PERIBADI


1. "Tuan boleh ka komen pasal Shuk kena tamatkan kontrak. Soalan saya ..."
Tiga (3) daripada 5 soalan saya jawab di sini. Dua lagi saya tidak minat untuk tahu.
"Boleh ker penamatan kontrak dibuat atas masalah peribadi luar kerja"
Boleh. Setiap kontrak kerja biasanya ada menyebut tentang kerja bukan sahaja reputasi kerja perlu dikekalkan tetapi apa jua perkara melibatkan pekerja dan memberikan kesan kepada majikan, boleh ditamatkan kerja.
Jika reputasi dan nama baik seorang pekerja tercalar akibat masalah peribadi dan memberikan kesan kepada majikan atau sebaliknya, satu tindakan penamatan boleh dibuat sebagaimana terma kontrak kerja.
Apatah lagi kerja melibatkan radio yang mementingkan reputasi dan nama baik untuk mengekalkan peminat kerana itulah perniagaan mereka.
Pihak yang tidak puashati masih memp-unyai hak untuk memulakan prosiding sivil ke atas majikan. Undang-undang sentiasa membuka ruang untuk hak didengari.
................
Soalan luar
2. "Apa nak buat kepada isteri dan skandal kalau terjadi sebegini"
Kenapa nak berskandal kalau mampu, kahwin sahaja. Itu adalah wanita yang boleh jadi adik, kakak, ibu atau anak awak. Hormati wanita dengan memberikan haknya. [Tapi mudah skandal daripada kahwin] - No komen.
Isteri ada haknya maka bagi haknya. Jangan gilakan skandal sampai lupa balik rumah. Berganda dosanya. Tidak perlu komen panjang.
3. "Nasihat Tuan kepada saya"
Pertama, hormati wanita dengan perkahwinan. Mesin bajak nak naik batas bendang pun kena minta izin. Jangan main taram sesuka hati nak buat apa. Mati itu bebila masa.
Kedua, buat isteri benci sekalipun situasi ini jangan ada dendam nak burukkan orang dan buka aib rumahtangga. Situasi ini mengajar bahawa untuk memburukkan orang lain, memberikan kesan kepada rumah tangga sendiri. Cuba selesaikan dengan cara baik.
Ketiga, kalau ada kelebihan baik nama, pangkat, harta, darjat, jangan berjalan sombong dan menggunakannya di jalan tidak elok. lagikan Qarun dibalikkan bumi senang bagi Allah, ini kan orang macam kita yang jatuh tergolek susah nak bangun.
Semoga Allah rahmati semua!


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►