Thursday, February 11, 2021

[790.21] KEPERLUAN KETERANGAN SOKONGAN DALAM KES JENAYAH SEKSUAL


Secara asasnya, tiada apa-apa peruntukan perundangan yang jelas memperuntukkan bahawa keterangan sokongan adalah diperlukan untuk ke-kes jenayah seksual. Namun, telah menjadi practice & prudence yang mana apa-apa kes jenayah seksual mestilah disokong dengan keterangan sokongan.
Dalam sesetengah keadaan, tiada apa-apa laporan perubatan yang dapat membuktikan bahawa jenayah seksual tersebut berlaku. Jenayah rogol, perlu ada kemasukan dan koyakan yang boleh dibuktikan melalui laporan perubatan bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku. Namun, jenayah seksual seperti meraba atau apa-apa tindakan yang tidak meninggalkan kesan secara fizikal, adalah tidak dapat dibuktikan melalui laporan perubatan dan sebagainya.
Apabila tiada apa-apa laporan perubatan untuk menyokong keterangan mangsa/saksi, maka mahkamah akan bergantung kepada keterangan saksi-saksi yang dikemukakan semata-mata dalam membuat keputusan. Maka, keterangan sokongan adalah penting untuk menyokong kes pihak pendakwaan.
Kes PUBLIC PROSECUTER v. MARDAI [1949] 1 MLRH 502, telah memutuskan bahawa:
Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant’s story. It would be sufficient, in my view, if that corroboration consisted only of a subsequent complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the accused and was made at the first reasonable opportunity after the commission of the offence.
Khairunnisa Kasa
Subang Jaya, Selangor


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►