Thursday, January 14, 2021

[763.21] BARANGAN BERBAHAYA DI LAPANGAN TERBANG


Jika kita menaiki kapal terbang, barangan peribadi akan diperiksa sebelum memasuki kawasan terminal bagi mengelakkan membawa senjata tajam atau item yang dilarang.
Jika anda membawa item yang terlarang seperti membahayakan keadaan dan penerbangan tetapi bukan satu item yang menyalahi undang-undang seperti bola berisi angin, ketip kuku maka petugas keselamatan akan merampasnya.
Namun jika item yang dibawa ialah senjata berbahaya atau bukan bersesuaian atau item menyalahi undang-undang, maka satu tangkapan akan dibuat dan diserahkan kepada pihak polis. Contohnya, dadah, pisau, pistol dan sebagainya.
Minggu ini sahaja ada 2 rujukan dibuat mengenai tangkapan di lapangan terbang di KLIA dan Subang yang mana satu tangkapan dibuat ke atas seorang wanita yang mana begnya mengandungi barangan yang terlarang di bawah Akta Bahan Kakisan 1958 dan penahanan dibuat dan di dakwa di bawah Akta berkenaan yang boleh dipenjarakan minima selama 5 tahun.
Item tersebut adalah bukan miliknya tetapi pemiliknya (sebagaimana dakwaan OKT) tidak hadir memberikan kerjasama kepada polis. Bukan sahaja kes akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen yang akan memberikan kesan jaminan yang lebih tinggi dan kos guaman yang juga tinggi.
Harap dia dapat peguambela yang baik dalam kes sebegini. Kalau peguambela yang tidak berpengalaman, mungkin nasib dia buruk di masa bicara atau peringkat rayuan kelak. Pesan sebab antara yang ditekankan dia nak peguambela murah atau percuma. InsyAllah, kerajaan ada sediakan cuma tak boleh pilih peguambela berpengalaman sebagaimana kehendak dia.
Kes kedua adalah penahanan seorang wanita warga emas di lapangan terbang kerana beg mengandungi beberapa peluru. Sebelum ini beg dibawa beberapa kali dan tidak pernah diketahui pasal peluru tersebut. Suaminya mengakui kemungkinan peluru itu miliknya atas beberapa tugasan sebelum pencen. Suami dan isteri kini di reman.
Keduanya atau suaminya boleh dikenakan tuduhan di bawah peruntukan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan beberapa tuduhan jenayah lain.
Pendek kata, sentiasa periksa beg dan item yang di bawa. Ini untuk kebaikan bersama.
Teringat seorang ibu pernah ditahan di Lapangan Terbang KLIA oleh polis bantuan.
"Puan, dalam beg baju tu ada pistol. Puan punya ke?" tanya polis bantuan.
Punyalah gelabah Ibu muda tu.. kami yang beratur belakang pun cuak. Ibu muda tu cuba nafikan berkali-kali dan cuba membuka begnya untuk diperiksa. Tapi polis tu sambung -
"pistol mainan Puan."
Hah.. lega.
NOTA: Gambar sekadar hiasan

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►