Wednesday, December 9, 2020

[742.20] KES ROBOH KUIL - ADILKAH?


Jangan sensasikan isu sebegini dengan api perkauman sedangkan kita mampu berfikir rasional. Sememangnya bukan sahaja kuil atau rumah ibadat lain termasuk islam tetapi perumahan haram dan sebagainya juga akan dirobohkan atau dijustifikasikan untuk perobohan atas dasar pembinaan secara haram, tidak mengikut lunas perundangan, merbahaya, tidak sesuai dengan faktor persekitaran dan sebagainya.
Pertama, adakah pembinaan itu di atas tanah yang dibenarkan oleh pemiliknya.?
Kedua. adakah pembinaan kekal khusus itu seperti kedai, gerai, rumah ibadat dibenarkan oleh badan yang berkaitan seperti PBT, Majlis Agama, Pejabat Tanah dan Galian dan sebagainya?
Ketiga, adakah pembinaannya menurut kebenaran dan spesifikasi yang diluluskan?
Jika tidak, mana-mana rumah ibadat atau mana-mana binaan patut dirobohkan.
Bukan sahaja kuil, surau juga pernah dirobohkan atas keperluan semasa dengan adanya masjid terdekat atau penggunaan tanah/tempat berkenaan. Ramai masih tidak faham apa itu masjid dan surau termasuk orang Islam sendiri sehingga pernah terjadi emosi apabila pihak tertentu merobohkan surau.
Tanpa menuding mana-mana pihak, kita sebagai Malaysian patut mengembangkan hubungan baik dengan fakta yang betul dan tepat dalam memberikan input sebenar kepada masyarakat dan bukan demi politik kepartian sahaja.
InsyAllah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►