Thursday, November 19, 2020

[723.20] PERMOHONAN PERNYATAAN SEKSYEN 121 KANUN ACARA JENAYAH



Asasnya sebelum kes Siti Aisyah vs. PP [2019], pihak pendakwaan dan situasi kes di Malaysia bergantung kepada kes Husni vs. PP [1980] yang mana dokumentasi di bawah seksyen 121 yang boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 113 adalah satu dokumen khusus dan tidak boleh diperiksa atau dibekalkan.
Namun di dalam kes Siti Aisyah vs. PP (kes pembunuhan Korea Utara), mahkamah Tinggi telah benarkan permohonan peguambela apabila saksi di tawarkan kepada pihak pembelaan.
Dari satu sudut, ia adalah logik dan bertepatan dapatan (ruling) Mahkamah Tinggi yang berpandangan bahawa ia satu keperluan kepada peguambela selain ia bukan lagi privillige apabila saksi ditawarkan kepada pihak pembelaan dan juga kepentingan peguambela untuk mengetahui fakta dan maklumat oleh saksinya. Bagi memutuskan samada mengambil saksi berkenaan atau tidak.
Kes Siti Aisyah v. PP [2019] disahkan oleh Mahkamah Rayuan antara lain menyatakan bahawa:
"A police statement under s 112 CPC can also be admitted in evidence in other situations as provided in sub-sections 113(3), (4) and (5). Since statutory law allows such police statements to be admitted in evidence in certain circumstances, it seems that such police statements were never intended to be privileged documents. (paragraph 20)
For all the foregoing reasons, we did not agree with the proposition, as advanced in Husdi, that police statements are absolutely privileged. In the upshot, Husdi should no longer be followed in this respect. (paragraph 56)
In the instant case, the contention of tampering was without merit as the prosecution had closed its case and the witnesses of whom the statements were sought were offered to the defence. Once witnesses were offered by the prosecution, they become defence witnesses. (paragraph 57)
There was a duty on the prosecution to disclose to the defence the police statements of the witnesses offered to the defence, which were necessary and desirable to their case. (paragraph 81)"
[Emphasis Added]
Di dalam kes terbaru Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohammad Hezat A Hamed vs. PP [2020] manakala menolak permohonan peguambela untuk dapatkan pernyataan seksyen 112 saksi yang ditawarkan dan dilihat tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.
Namun di akhir penghakiman mengenainya, mahkamah Tinggi dilihat menyatakan antara sebab permohonan adalah berkenaan spesifik kepada seksyen 32 Akta Keterangan 1950 yang mana peruntukan telah menyenaraikan penerimaan pernyataan sebagai keterangan atas beberapa alasan. Tiada apa jua alasan berkenaan selari dengan seksyen 32.
Kesimpulannya, kes Siti Aisyah vs. PP adalah kes utama dalam menentukan kedudukan perundangan mengenai permohonan dokumen seksyen 112 di Malaysia.
Sebelum PKP Mac 2020 lalu, Peguam Negara (Tommy Thomas) ada hadir di Mahkamah Persekutuan bagi rayuan / leave bagi kes Siti Aisyah vs. PP bagi menyatakan pendirian kerajaan tidak bersetuju menjadikan dokumen seksyen 112 sebagai awam atas kes berkenaan.





 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►