Thursday, November 19, 2020

[719.20] PRANK (KENAKAN ORANG)

 


"Apakah prank dianggap satu jenayah"
Prank bukan budaya kita dan budaya luar ini semakin mendapt tempat di negara kita sedangkan kita sedar kebanyakan prank ini bukan sahaja bertentangan dengan kesopanan dan tatasusila masyarakat kita walau apa bangsa sekalipun.
Prank bukan satu jenayah pada asasnya. Tetapi kesan kepada prank yang berlaku boleh menjurus kepada tindakan sivil jika ada berlaku kerosakan atau kecederaan kepada pihak terlibat. Bila dikatakan cedera ia merujuk kepada kesan buruk bukan sahaja berdarah badan tetapi kepada kerugian masa, wang, kesan emosi, reputasi, nama baik, kerosakan hubungan dan sebagainya.
Manakala jika melibatkan terjadinya jenayah, maka satu pendakwaan jenayah boleh dibuat ke atasnya. Samada persoalan niat boleh wujud kerana ia satu prank sahaja, ia terjawab dalam beberapa kes jenayah seperti Kenneth Fook Mun Lee vs. PP yang mana walaupun niat ini bukan sekadar pre plan tetapi ia boleh ditimbulkan melalui pemahaman dengan perlakuan atau alat digunakan boleh menjuruskan kepada kematian (jika melibatkan jenayah bunuh). Apa pun kuasa pendakwaan atas Pendakwaraya. Sekadar contoh sahaja.
Benda tidak elok, sebolehnya dielakkan. Jangan dibuat perangai bodoh kerana trend. Masih kita ingat satu prank (dikatakan dalam keterangan) berlaku di Malaysia yang mana telah akibatkan kebimbangan ekonomi, hubungan 2 hala, perundangan dan keselamatan negara satu ketika dulu?.
Samada kes tersebut menggunakan pembelaan atas keterangan prank bagi menghilangkan elemen niat atak sebaliknya, kami nasihatkan agar fikir panjang untuk melakukan prank secara berlebihan.
Hisham Nazir
Subang Jaya, 2020
+60139307961


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►