Jumaat 28hb Oktober 1988, Mesyuarat Agung UMNO Baru timbul pertanyaan “Apakah keistimewaan (ketua) Hakim Negara?”
Di Malaysia hakim-hakim Mahkamah yang dilantik akan bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Dengan sumpah mereka, mereka secara konstitusional terikat untuk menyangkal perundangan atau pindaan perlembagaan jika ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, adakah hakim-hakim di Malaysia memainkan peranan pasif ketika membuat keputusan? Peranan pasif bermaksud dengan hanya mengikuti kes-kes yang telah diputuskan dalam menegakkan preseden dan mempertahankan keputusan-keputusan sebelumnya. Tujuannya untuk mewujudkan keseragaman dan kepastian. Oleh itu, ia disebut sebagai “stare decisis” iaitu untuk mengikut apa yang telah diputuskan di dalam kes sebelum ini.
Dalam kes Dato’ Tan Heng Chew lwn Tan Kim Hor & Anor yang dinyatakan oleh Abdul Hamid FCJ bahawa adalah penting bagi mahkamah yang lebih rendah di dalam hierarki kehakiman mengikuti dengan tegas doktrin stare decisis. Ia mesti dipatuhi demi kepentingan akhir dan kepastian dalam undang-undang bagi pengembangan aturan hukum yang teratur. Abdul Hamid FCJ juga menyatakan bahawa kegagalan mengikuti presiden kehakiman menyebabkan kekacauan dan salah faham sistem kehakiman.
Walaubagaimanapun, seperti kita dapat lihat di dalam kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas. Tun Salleh Abas membenarkan anak bawah umur memutuskan agama sendiri tanpa persetujuan ibu bapanya bertentangan dengan Akta Penjagaan Bayi 1961 yang memperuntukkan anak bawah umur adalah hak prerogatif ibu bapa mereka. Disini kita dapat lihat hakim memainkan peranan aktif dalam memastikan undang-undang dapat ditafsirkan secara mendalam bagi kepentingan pihak yang terlibat iaitu pertimbangan yang signifikan berbanding mengikuti apa yang telah diputuskan di dalam kes sebelum ini semata-mata.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..