Thursday, November 19, 2020

[709.20] KEBEBASAN BERSUARA DAN PERLEMBAGAAN


Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan iaitu Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Yang-Dipertuan Agong sebagai ketua negara.
Oleh itu, rakyat Malaysia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan kerana Parlimen tidak boleh sesuka hati menggubal undang-undang kerana wujudnya konsep ‘constitutional supremacy’ di mana apa jua undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan akan dikira sebagai tidak sah. Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia.
Walaubagaimanapun, penggunaan Perlembagaan Persekutuan perlu digunakan dengan cara yang berbeza mengikut kesesuaian dan keadaan. Di dalam kes Mohammad Nizar Jamaluddin v Dato Zambry Abdul Kadir di mana Mahkamah berpendapat bahawa Perlembagaan perlu ditafsirkan secara bebas kerana dalam hal apa pun, kepentingan pihak yang terlibat mesti diberi pertimbangan yang signifikan berbanding dengan undang-undang semata-mata. Ini bukan bermaksud Perlembagaan itu fleksibel dan boleh disalah guna tetapi seperti kita dapat lihat di dalam kes Pendakwa Raya v Alvin Tan, Vivian Lee. Di dalam kes ini tertuduh telah didakwa kerana menerbitkan gambar sensitif terhadap agama Islam, gambar-gambar lucah dan kenyataan yang membawa kepada hasutan.
Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan masyarakat kebebasan bersuara di mana masyarakat bebas memberi pendapat dan berekspresi di dalam ucapan mereka tetapi kebebasan bersuara secara tidak langsung bukan lah bermaksud masyarakat boleh menggunakannya sesuka hati. Ini kerana masyarakat perlulah melihat secara mendalam akibat dari ucapan mereka sama ada ia boleh menyebabkan kekacauan awam atau apa-apa yang mempengaruhi ketenteraman awam.
Kesimpulannya, masyarakat diberi hak untuk kebebasan bersuara tetapi ianya terbatas agar tidak menimbulkan kekacauan antara kaum, agama dan sebagainya.
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►