Tuesday, November 3, 2020

[704.20] SAMAN MALU BEKAS ISTERI


Ada 1-2 masalah syariah dirujuk minggu ini. Isu cerai fasak dan nafkah tertunggak oleh bekas suami.
Tapi ada satu menarik isu keluarga tetapi lebih kepada sivil. Lelaki semasa jadi suami, minta kahwin lebih, ditentang isteri. Isteri hambar dengan suami dalan semua perkara. (Ingatkan suami minta kahwin lagi jadi masalah hambar).
Isteri bekerja dan ada beberapa anak dengannya. Bila dah hambar lama, mereka bergaduh dan akhirnya bercerai. Bekas isteri dan kahwin baru. Anak-anak bersama bekas suami.
Tiada isu mahkamah syariah di sini. Isunya suami satu hari terlihat dalam satu group terdapat satu klip video adegan ranjang amatur. Wataknya ialah bekas isterinya bersama seorang lelaki. Ia berlaku semasa perkahwinan lelaki dan wanita tersebut.
Si lelaki bertanya "Saya down amat sangat. Kalau ini terlepas kpd yg kenal, apa kata keluarga dan anak-anak saya. Saya kena cop dayus. Boleh ke saya saman malu dia walaupun dah bercerai"
Jawapannya - Ya. Boleh.
Huraiannya tentang asas saman malu tuntutan kepada bekas isteri, bekas pekerja, dan apa-apa bekas lagi telah terputus hubungan kontrak, obligasi atau fidusiari, kita bincang 2 minggu lagi.
Artikel tengah queue..
Banyak cerita pelik bila jadi lawyer. Semua cerita pelik tak boleh nak cerita. Kena olah pulak untuk akademik. Rahsia kena jaga ketat-ketat. Masih nak jadi lawyer ke?


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►