Monday, September 7, 2020

[678.20] JENAYAH SECARA TIDAK SENGAJA

 


Perlakuan #jenayah secara tidak sengaja adalah satu pembelaan yang diterima di #Malaysia berdasarkan peruntukan #seksyen 80 Kanun Keseksaan yang mana memberikan maksud bahawa apa jua perlakuan jenayah yang berlaku tanpa disengajakan adalah bukan satu jenayah.
Antara lain kerana tiada unsur #niat dan pengetahuan (#mens rea) di dalam perlakuan tersebut. Contohnya - Seorang yang bertugas sebagai kontraktor telah menjalankan tugasnya, kemudian ada lelaki melalui tempat kerjanya dan sesuatu telah terjatuh dan mengenai lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan mati dan ia bukanlah satu jenayah kepada kematian berkenaan.
Ini boleh dirujuk kepada kes -
𝐊𝐢𝐧𝐠-𝐄𝐦𝐩𝐞𝐫𝐨𝐫 𝐯. 𝐓𝐢𝐦𝐦𝐚𝐩𝐩𝐚 (𝟏𝟗𝟎𝟏)
𝐒𝐭𝐚𝐭𝐞 𝐯. 𝐑𝐚𝐦𝐠𝐚𝐬𝐰𝐚𝐦𝐲 (𝟏𝟗𝟓𝟐)
𝐉𝐚𝐠𝐞𝐬𝐣𝐚𝐫 𝐯. 𝐊𝐢𝐧𝐠 𝐄𝐦𝐩𝐞𝐫𝐨𝐫𝐨 (𝟏𝟗𝟐𝟑)
𝐑 𝐯. 𝐓𝐮𝐧𝐝𝐚 (𝟏𝟗𝟓𝟎)
𝐑 𝐯. 𝐒𝐰𝐢𝐧𝐝𝐚𝐥𝐥 & 𝐎𝐬𝐛𝐨𝐫𝐧𝐞 (𝟏𝟖𝟒𝟔)
𝐀𝐧𝐝𝐚𝐥 𝐀𝐫𝐨𝐥𝐥𝐚 𝐯. 𝐏𝐏 [𝟐𝟎𝟏𝟑]
𝐑 𝐯. 𝐁𝐫𝐚𝐝𝐬𝐡𝐚𝐰 (𝟏𝟖𝟕𝟖)
𝐒𝐦𝐢𝐭𝐡 𝐯. 𝐄𝐦𝐩𝐞𝐫𝐨𝐫 (𝟏𝟗𝟐𝟓)
𝐏𝐏 𝐯. 𝐕𝐞𝐭𝐮𝐬 𝐉𝐮𝐚𝐧𝐢 [𝟐𝟎𝟏𝟒]
𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐢𝐳 𝐌𝐢𝐞𝐰 𝐘𝐢𝐨𝐧𝐠 𝐯. 𝐏𝐏 [𝟐𝟎𝟏𝟒]
𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐝 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐯. 𝐏𝐏 [𝟐𝟎𝟏𝟑]
Namun dibezakan dengan kes 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐳𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐯. 𝐏𝐏 [𝟐𝟎𝟏𝟓] yang mana #Mahkamah Rayuan menolak #pembelaan sedemikian di bawah seksyen 80 Kanun Keseksaan atas tindakan asalnya yang memanjat bumbung untuk pecah rumah dan melakukan curian. Hanya berdasarkan kehadiran si mati secara tiba-tiba dan tindakan reflek mengambil kayu di tempat berkenaan tidak termasuk di bawah pembelaan berkenaan.
Malah keterangan #pathologi menunjukkan bahawa kecederaan si mati adalah disebabkan beberapa #pukulan mengakibatkan kecederaan #parah.




0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►