Thursday, May 14, 2020

[602.20] Kita belajar banyak benda semasa PKP - #1 TIADA SIMPANAN CUKUP


Ramai antara masyarakat kita baru sedar semasa #PKP bahawa tiada simpanan cukup untuk hadapi musim bencana sebegini. Tidak hairan jika berlaku #darurat dan #jenayah tinggi jika tiada bantuan kewangan.
Kerja berniaga tunai harian tanpa #simpanan cukup akan amat terkesan jika tiada #perniagaan dibuat. Pakcik bela lembu juga yang selesa. Rutin harian tidak terjejas. Bawa keluar lembu, bagi air, rumput dicerut macam biasa.
Banyak perniagaan kecil akan tutup bukan kerana tiada simpanan tetapi dengan desakan tanpa #pendapatan dengan #perbelanjaan masih perlu diteruskan. Premis dapat pengecualian bayaran, tetapi #sewa masih diteruskan. Simpanan akan berkurang. Bos akan jadi kuli balik. Kakitangan hilang #kerja.
Begitu juga syarikat yang mempunyai #pekerja ramai, kerugiannya adalah lebih rendah peratusan daripada syarikat kecil tetapi kecilnya jutaan ringgit. Jika gigil kaki tidak dapat diatasi, ramai hilang #pekerjaan.
Sikit atau banyak, sila pastikan anda ada simpanan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►