Tuesday, February 18, 2020

566.20] Mahkamah Persekutuan putus kanak-kanak Islam tidak sah taraf tidak boleh dibinkan nama bapa

[..........................................................................

PUTRAJAYA: Mahkamah #Persekutuan hari ini memutuskan seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf tidak boleh dibinkan nama bapanya.
Dalam keputusan majoriti 4-3 yang dipengerusikan Presiden Mahkamah #Rayuan, Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian daripada rayuan Jabatan #Pendaftaran Negara, ketua pengarahnya dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Pada 2017, Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak Islan yang tidak sah taraf boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukan ‘bin #Abdullah’.
Pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada satu pasangan dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak Ketua Pengarah JPN menggantikan nama ‘Abdullah’ pada kanak-kanak itu dengan nama bapa kandungnya dalam sijil kelahiran.
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulis 25 Julai 2017 memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan #luarnikah boleh ‘dibin atau dibinti’ nama bapanya, bukannya ‘Abdullah’.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►