Tuesday, January 14, 2020

[544.20] FAKTOR JAMINAN & AMAUNNYA



Alhamdulillah
Selesai tiga pertuduhan baru dan selesai jaminan bagi kesemuanya. Lebih 30 wartawan kerumum.
Kenapa masa pendakwaan awak ada, kenapa masa bebas, tak pula kes saya masuk paper.
Kebanyakam kes tidak boleh dijamin masih boleh dijamin di bawah budibicara Mahkamah melalui seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.
Antara sebab jaminan dibenarkan ialah atas prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan.
Amaun jaminan adalah mencukupi untuk memastikan kehadiran Orang Kena Tuduh, tak melarikan diri dan adil untuk bolehkan mereka menyediakan kes pembelaan.
Jika jaminan tidak mampu dibayar, satu semakan di Mahkamah Tinggi, permohonan semula atau rayuan boleh dibuat bagi variasi amaun jaminan berkenaan.
Jika gagal membuat jaminan, OKT akan direman di penjara terdekat sehingga dibuat jaminan atau kes dilupuskan.
Melalui kes Raman Shanmugham vs PP (2019), walaupun kea melibatkan seksyen 130 KK didengar bersama SOSMA yang berkaitan keselamatan negara, Mahkamah Rayuan membenarkan jaminan dengan amaun RM25,000.00 sementara kes dilupuskan.
Antara lain Mahkamah Rayuan menekankan bahawa budibicara mahkamah adalah luar dalam memberikan jaminan bg memastikan kehadiran OKT. Dalam kes tersebut, tiada faktor dan risiko dikatakan wujud untuk OKT melarikan diri.
Jaminan dibenarkan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►