Monday, December 16, 2019

[535.19] ISU AM - STATUS MENTAL TUN SAMY VELLU & TUNTUTAN ISTERI KEDUA



Ramai kawan kami #peguam maka banyak pula post berkenaan permohonan saman pemula anak Tun Samy Vellu tentang status mental Tun #Samy Vellu dan tuntutan isteri kedua Tun Samy Vellu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Banyak persoalan di komen dan berlegar sekitar #facebook ini. Kami sentuh bab permohonan anak dan isteri kedua sahaja secara am sahaja kepada konsep asas.
"Anak Tun cuba menyekat Tun kepada harta"
Tidaklah kita tahu sejauh mana kebenaran dan cerita penuh keluarganya. Cuma permohonan yang dibuat #Saman #Pemula adalah kepada satu deklarasi bahawa status #mental Tun adalah tidak stabil.
Mungkin ia juga rentetan kepada tuntutan di Mahkamah Tinggi Ipoh yang mana memerlukan kepada keterangan lisan dan terus daripada Tun sendiri.
Jika keadaan mentalnya tidak baik dan stabil, keterangan Tun mungkin akan memberikan kesan negatif kepada dirinya sendiri.
Sebenarnya permohonan sebegini boleh dibuat kepada mereka yang tidak boleh mentadbir hal ehwal semasanya atas sebab masalah mental. Contohnya, Orang Kelainan Upaya (mental), kanak-kanak dan orang tua.
Yang penting, jika #Mahkamah #Tinggi #Kuala #Lumpur benarkan permohonan tersebut, maka Tun Samy Vellu tidak lagi kompeten untuk memberikan keterangan dan keterangannya juga tidak boleh diterima oleh Mahkamah.
Pendek kata, ada impak kepada tuntutan #Plaintif (isteri kedua) di Mahkamah Tinggi Ipoh kelak.
"Boleh ke ada #isteri #kedua"
Sudut perundangan, orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang asas kekeluargaan di Malaysa, Akta #Memperbaharui #Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang mana tidak dibenarkan perkahwinan melebihi satu pada satu-satu masa.
Cerita adat kepada beberapa bangsa di Malaysia kecuali Islam, kita bincang kemudian. Lagipun ia merupakan asas kausa tuntutan di Mahkamah Tinggi Ipoh.
"Boleh ke isteri kedua memohon #nafkah dan tuntutan kekeluarga"
Boleh, jika ia ditakrifkan sebagai isteri sah dalam perundangan Malaysia. Memandangkan tuntutan telah difailkan, isu itu Mahkamah Tinggi akan putuskan.
Tetapi jika isu melibatkan kontrak. seperti tawaran dan perjanjian untuk berkahwin, itu isu berbeza daripada isu kekeluargaan.
"Boleh ke anak isteri kedua didaftarkan oleh JPN"
Ini soalah tiada kaitan dengan kes tapi ditanyakan secara am.
Anak tidak sahtaraf pun boleh didaftarkan. Tetapi untuk didaftarkan ibu dan ayahnya sebagai suami isteri atau meletakkan hak sebagai bapa kepada anak diluar perkahwinan atau perkahwinan tidak sah adalah tidak boleh.
Selebihnya kita tunggu Mahkamah Tinggi putuskan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►