Thursday, December 5, 2019

[504.19] PEGUAM WANTED



Apa maksud wanted.
Adakah dikehendaki atau gagal dikesan atau telah melakukan kesalahan besar.
Yang pasti ia memberikan peesepsi bahawa pegyam-peguam itu telah melakukan penyelewengan kewangan yang teruk sehingga mencecah RM30.4 juta. Keduanya, peguam telah gagal dikesan. Mungkin ke mana ntah..
Saya pula pasti, PDRM boleh di saman untuk penerbitan tersebut kerana;
¤ Hampir kesemua wajah itu adalah bekas peguam. Bukan peguam lagi kerana satu tindakan telah dilakukan apabila aduan dibuat;
¤ Antara wajah itu masih ada dan boleh dikesan dengan mudah. Masih tinggal dengan anak bini. Update media sosialnya. Masih boleh dan menerima notis dan surat melalui pos;
¤ Antara wajah itu katanya polis sendiri telah memulakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen dan telah dibebaskan oleh Mahkamah;
¤ Antara wajah itu, belum lagi dilakukan pendakwaan;
Yang disenaraikan adalah 21 orang bekas peguam. Jumlah peguam yang masih diberikan lesen ialah melebihi 23 ribu peguam di Malaysia.
Tak sampai 1% yang buat masalah. Tetapi macam peribahasa melayu, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
Wallahuallam.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►