Thursday, December 5, 2019

[485.19] KASIH IBU DAN AYAH DI MAHKAMAH JENAYAH



Melihat ibu-ibu tua hadir ke Mahkamah bagi kes melibatkan hukuman mati anak-anak mereka.
15 tahun pengalaman sedemikian, saya menyimpulkan pelbagai ragam kasih ibu dan bapa yang berlainan dalam menyayangi anaknya. Penonjolan sayang adalah berbeza.
Ayah jarang hadir Mahkamah. Bimbang hati lelakinya luntur melalui kerinduan dan tangis melihat anak bergari dan wajah suram serta rayuan seorang anak di bawa daripada penjara.
Tetapi ayah tetap mencari wang untuk kos guaman. Untuk kos ulang alik ibu ke lawatan penjara dan belian mingguan.
Manakala ibu tetap menangis dan hadir ke Mahkamah bagi melihat anaknya yang sering dibebel dan dikatakan marah benci. Pada waktu ini melihat bagaimana sayang si ibu dalam merindui dan kesedihannya kepada anak di rungkai dalam peluk cium dr luar kandang Orang Kena Tuduh.
Duku, langsat, rambutan, makanan nasi berulam kampung dan masakan kegemaran si anak dibawa. Dirayu polis Mahkamah, peguam dan Pendakwaraya dalam memberikan ruang ehsan untuk si anak makan.
Sayu gembira dalam berduka si ibu bila melihat bekas makanan dihabiskan, biarpun tidak mampu melihat si anak makan apatah lagi menyuapnya di sebalik pintu lokap.
Anak, bila diberikan peluang kedua. Insaflah. Ingat bagaimana kasih ibu dan ayah yang ditunjukkan sepanjang reman kes itu.
Saya masih ingat apabila seorang anak muda dilepaskan daripada hukuman gantung, ayat pertamanya - "Saya akan jadi baik, Mak"
Manakala yang sudah baik atau tidak bernasib malang seperti anak muda berkenaan, hargai ibu dan bapa serta nasihat mereka biarpun kamu memanggilnya bebelan.
Jangan belajar semua ini melalui jalan susah.
Mohd Hisham
Hisham Nazir & Cronies
2019

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►