Thursday, December 5, 2019

[477.19] TAHANAN REMAN



Reman merupakan tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. Tempoh penahanan ini telah ditetapkan di dalam Kanun Tatacara Jenayah. Dalam tempoh reman ini, tiada jaminan yang akan dibenarkan.
Seksyen 117 telah menyatakan dengan jelas tentang tempoh reman yang dibenarkan oleh undang-undang. Bagi kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara kurang daripada 14 tahun, reman bagi kali pertama adalah tidak melebihi 4 hari manakala permohonan reman kedua atau sambung reman adalah tidak melebihi 3 hari.
Manakala bagi kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara 14 tahun ke atas atau gantung sampai mati, tempoh reman yang dibenarkan bagi permohonan pertama adalah tidak melebihi 7 hari begitu juga dengan permohonan reman kedua iaitu tidak melebihi tujuh hari juga.
Kebenaran bagi setiap permohonan adalah diberikan oleh pihak mahkamah dan mahkamah akan membuat timbang tara sama ada permohonan tersebut diluluskan atau diluluskan bagi beberapa hari sahaja atau tidak dibenarkan permohonan tersebut sekiranya mahkamah mendapati siasatan yang telah dijalankan adalah mencukupi.
Sumber: PRPM, Kanun Tatacara Jenayah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►