Thursday, December 5, 2019

[462.19] Tuntutan Kecil Boleh Dibuat di Mahkamah Majistret Sivil bagi Menuntut Hutang di bawah RM 5,000.00 Tanpa Melantik Peguam (Pihak-Pihak Mewakili Diri Sendiri)



Sistem perundangan Malaysia telah mewujudkan Mahkamah Tuntutan Kecil bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan hutang, tuntutan khidmat dan lain-lain tuntutan di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM 5,000.00.
Dalam membuat tuntutan kecil ini, pihak-pihak pertikai tidaklah perlu untuk melantik peguam kerana pihak-pihak pertikai ini sendiri dibenarkan hadir di depan Magistret dan mewakili diri sendiri di dalam kes yang dipertikai. Perkara ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu melantik peguam untuk memfailkan tuntutan dan pada masa yang sama, ianya dapat mengurangkan kos perbicaraan kes.
Pihak yang ingin menuntut hutang (Plaintif) bolehlah mendapatkan Borang Tuntutan Kecil di Kaunter Pendaftaran Sivil Mahkamah Majistret di mana borang tersebut mestilah diisi dengan lengkap dan kemudiannya memfailkan borang tersebut di Mahkamah berkenaan sebanyak empat (4) salinan. Setelah pembayaran pemfailan telah dibuat di kaunter mahkamah dan borang tersebut telah dicop rasmi oleh pihak Mahkamah, pihak yang menuntut (Plaintif) bolehlah menyerahkan salinan borang tersebut kepada pihak yang dituntut (Defendan).
Sebaik sahaja pihak yang dituntut (Defendan) menerima borang tersebut, pihak yang dituntut (Defendan) mestilah menyatakan pembelaannya dengan memfailkan pernyataan pembelaan tersebut di Pejabat Pendaftaran Sivil Mahkamah Magistret. Sekiranya, pihak yang dituntut (Defendan) gagal memberikan sebarang pembelaan dalam masa yang telah ditetapkan atau gagal hadir ke Mahkamah pada tarikh pendengaran, Mahkamah boleh memberikan satu penghakiman terus untuk pihak yang menuntut (Plaintif) berserta dengan kos.
Nurul Farhana Ismail
Farhana Ismail
[August 2019]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►