Thursday, December 5, 2019

[460.19] PEGUAM MEMBENARKAN YANG SALAH, MENIDAKKAN YANG BETUL?



Pemahaman seorang orang awam mungkin sama, mungkin berbeza dengan seorang peguam. Semua tahu apa itu tugas peguam namun tidak semua memahami tugas seorang peguam. Menjadi fahaman manusia, peguam itu kakinya di neraka, sentiasa membela pesalah durjana.
Apa tugas peguam sebenarnya? Peguam bertindak mewakili pesalah dalam sesuatu perbicaraan. Bukan bermaksud menidakkan terus kesalahan yang dibuat. Namun, membantu dalam menjelaskan situasi sebenar sebab dan asbab kesalahan itu berlaku.
Sebagai contohnya, undang-undang menyatakan bahawa membunuh orang, hukumannya adalah digantung sampai mati. Namun, dalam ketegasan undang-undang itu, ada pengecualiannya. Adakah OKT melakukan kesalahan tersebut kerana diprovok oleh pihak mangsa? Adakah OKT melakukan kesalahan tersebut kerana tidak waras? Adakah tindakan OKT tidak pun membunuh mangsa namun masa meninggal kerana komplikasi lain? Di sini lah hadirnya peguam untuk membantu OKT. Kerana jika jatuh di bawah pengecualian, sudah pasti hukuman juga akan berubah.
Walaupun OKT dituduh dengan kesalahan tersebut, OKT masih mempunyai hak untuk membela dirinya dan diwakili oleh Peguam. Peguam bukanlah membenarkan yang salah, menidakkan yang betul, cuma memastikan keadilan itu diberikan kepada kedua-dua pihak mangsa dan OKT.
Khairunnisa Kasa
Keyron Nisa
[August 2019]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►