Wednesday, December 4, 2019

[450.19] NASIHAT GUAMAN PERCUMA DI ALOR SETAR, KEDAH (26.07.2019)



Jawatankuasa Peguam-Peguam Negeri Kedah menganjurkan satu acara nasihat guaman percuma seluruh Kedah dan esok iaitu 26.07.2019 akan dilangsungkan di City Plaza, Alor Setar.
Kepada mereka yang ingin mendapatkan nasihat guaman percuma dalam apa jua isu perundangan samada jenayah, sivil dan syariah boleh hadir ke City Plaza, Alor Setar esok hari. Ramai peguam kanan dan junior akan turun esok hari untuk membantu anda.
InsyaAllah, Encik Hisham Nazir juga akan turun ambil bahagian membantu rakan-rakan peguam di sana. Kami difahamkan dia nak kena edar flyers (😂😂)
Dalam bulan lepas, ramai juga hadir dan meminta nasihat percuma di sekitar Sungai Petani dan Pendang daripada pihak kami (Hisham Nazir). Kami cuba terangkan dengan cara mudah. Bila ramai mai singgah dan menegus, mungkin ada pula yang mana-mana artikel kami atau artikel orang (cubaan burukkan kami) sedang viral.
Semoga program sebegini dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat di Negeri Kedah. Tahniah Jawatankuasa Peguam Kedah.
NOTA: Kalau boleh share di FB dan whatsapp kepada semua orang Kedah, lagi bagus. Kalau saya share ke grup, tak berapa elok pulak. Gambar sekadar hiasan

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►