Thursday, January 10, 2019

[353.19] MANA SEMUA ORANG?





Hari ini lengang Istana Kehakiman. 
Parking serata-rata tidak macam biasa.
Datang pengurusan kes bagi rayuan kes bunuh. Mahkamah Tinggi dah bebaskan Anak Guam November 2017. 

Pendakwaraya membuat rayuan.
Sehingga kini Rekod Rayuan masih tertunggak.
Katanya Penghakiman Yang Arif Hakim dah siap. Tapi pendokumenan rekod rayuan belum siap. 

Timbalan Pendaftar kata saya dah ingatkan banyak kali. Surat rasmi antara Mahkamah dah 3 kali hantar. Mesti Timbalan Pendaftar kena sound dek Hakim sini. Bukan salah dia pun.

Masalah ini macam-macam.
Nak hadap itu pun satu ragam
Dari salahkan orang, pakat kita betulkan
Sama-sama maju ke depan. (Bukan perut)

Anak guam pun satu
Dah bebas, hilang macam tu
Surat hantar pun buat tak tahu


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►