Tuesday, September 18, 2018

[186.18] SHAFEE DITAHAN SPRM - APA NILAI FEE PEGUAM?


Kami tidak bersetuju peguambela ini ditahan atas pembayaran yang diterima selaku peguam. Peguambela tidak boleh ditahan atas nilai fee yang diterima kerana itu hasil kerja daripada khidmatnya.

Tetapi fee itu mahal sangat dan tidak logik!
Fee guaman peguambela dan peguamcara litigasi adalah budibicara peguam itu sendiri. Tiada skala khas bagi menentukan ia mahal atau tidak. Fee RM9.5j kepada Shafee mungkin boleh saya lakukan dengan kurang RM900,000.00. Jadi, mahu saya atau Shafee bagi kerja tersebut?. Itu contoh.

Jika mahu Shafee atau peguam lain maka sila setuju dengan feenya. Atau anda boleh cari peguam lain sebagaimana kehendak anda. Mahu harga murah atau pengalamannya selaku peguam.

Selagi mana ia adalah fee guaman dan anda setuju kepadanya. Maka ia adalah nilai fee yang perlu dibayar dan terhutang atas pembayaran itu.

Dalam artikel sebelum ini pun dah ada sebut banyak kali perkara ini sebab sering diajukan soalan sama.

Sebagai contoh ada hubungi saya untuk khidmat tertentu. Saya katakan fee saya ialah RM1000.00 Maka itu adalah nilai pembayara. Perlu dibuat dan kegagalannya bolehkan saya melucutkan khidmat saya biarpun telah membuat pembayaran sebahagian.

Sebelum anda memilih peguam litigasi, tetapkan standard anda. Mahukan yang murah atau mahukan pengalamannya. Apa kriteria pemilihannya.

Harap Majlis Peguam Malaysia akan membuat satu kenyataan mengenainya.
 — at Mahkamah Tinggi Klang.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►