Friday, September 7, 2018

[185.18] MASALAH FEE PEGUAM DAN MASALAH KERJA




Terima banyak juga mesej dan PM berkenaan fee guaman. Biasanya peguam tak maklumkan fee guaman dia secara terbuka dan orang awam kena ingat 2 perkara berkenaan fee guaman;

O Fee guaman berkenaan perjanjian (conveyancing) ditetapkan perundangan dan bukan oleh peguam;

O Fee guaman berkaitan litigasi adalah ditetapkan oleh Peguam bergantung kepada kesukaran dan pengalaman peguam.

Jadi kalau nak murah kos fee litigasi, boleh ambil peguam yang kurang pengalaman dan baru dalam bidang tersebut. Kalau nak murah dalam fee conveyancing, ambillah peguam yang sanggup 'pecah amanah' kepada peruntukan perundangan tentangnya.

Tetapi ingat, jangan komplen kemudian hari.

Ada 4 kes sama mesej kami minggu ini bertanya soalan pasal fee guaman dan masalahnya. 

Pertama, beliau mencari peguamcara untuk mengendalikan urusan hartanahnya. Katanya nak cari peguam betul-betul menjalankan tugasnya.

Katanya dulu ada pengalaman buruk dengan peguam bagi urusan hartanahnya. Bila cerita itu ini pasal hartanah dia, baru tahu dia cari peguam dengan quotation paling rendah. Dah rendah minta diskaun lagi. Bila ada masalah banyak pula komplennya. Takkan bayar kancil dapat Merc E-Class.

Mana ada quotation dalam bab fee conveyancing dan seangkatan dengannya. Sembang beli rumah juta-juta tapi sayang bab kerja orang nak diskaun memanjang.

Kedua, ada kes pula pertikaikan fee peguam A dan Peguam B berbeza. Fee litigasi bergantung kepada peguam dan harganya adalah berdasarkan tafsiran kesukaran kes, masa dan pengalamannya.

Jika pengguna tidak setuju dengan nilai fee ditetapkan, boleh cari peguam lain atau mohon diskaun. Ini dibenarkan bagi litigasi. Kalau peguam enggan setuju satu amaun yang dicadangkan, carilah peguam lain. Hak pada anda untuk memilih.

Kata seorang yang lain, kami (dalam 20 orang) dah bayar peguam untuk jalankan kes sivil menuntut kepada satu kontraktor yang gagal membina rumah mereka.

Setiap seorang membayar RM1,000 dan menjadikan RM20k kepada peguam berkenaan. Katanya itu jumlah yang banyak dan kerja tidak memuaskan.

RM1000 bukanlah sesuatu yang banyak sebab peguam tetap melihat kepada RM1000 dan bukan RM20k. Ini kerana litigasi berdasarkan tuntutan berasingan dan RM1000 untuk memulakan kes di Mahkamah Tinggi adalah suatu yang amat murah dan gila. Kos pemfailan Saman, Pernyataan Tuntutan, Jawapan Pembelaan dan kehadiran ke Mahkamah pun tak lepas.

Last-last ingatkan semua percuma pemfailan di Mahkamah. Hilang beratus ribu senang-senang, fee peguam berkira. Patutlah masalah tak habis-habis.

Kedua duanya kami minta cari peguam lain.

Nak cerita panjang lagi, tapi takut melalut. kalau bijak, insyAllah akan mudah faham.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►