Tuesday, July 31, 2018

[155.18] MENTALITI KERJA & SEMAKAN KEHAKIMAN


"Gopal Sri Ram said judges who were previously from the Judicial and Legal Service thought they were still Senior Federal Counsel with a duty to insulate the government from being held accountable"
Jika dirujuk artikel ini, saya setuju selaku badan bebas dan accountablity Hakim dalam melaksanakan tugas selaku hakim patut tidak terganggu kerana jiwa atau tugasan lampaunya kepada kerajaan sebelum menjadi hakim.
Bagaimanapun, ada badan khusus dalam pemilihan hakim mahupun prosedur. Jika ia baik, tiada isu ini berbangkit. Lagipun komen yg ada hanya anggapan dan cakap-cakap sahaja.
Menyatakan hakim condong kepada kerajaan, saya tidak setuju. Manakala Permohonan kebenaran "leave" adalah tapisan yg baik. Tanpanya membuka "flood gate" kepada timbunan kerja AG, mahkamah mahupun pihak-pihak.
Namun alternatifnya, banyak AG juga patut menilai merit kepada semakan dan bukan membuka laluan kepada semua semakan kehakiman.
Saya setuju kalau AG masih membantah atau terlibat dalam semakan kehakiman terutama merit dan bukan soal teknikaliti.
Kadang-kadang penglibatan AG penuh dalam kes semakan memberikan kebaikan kepada pihak individu.
Saya terkilan satu benda. Ada juga di mana semakan melibatkan AG tetapi isu utama kepada individu. Dalam isu ini nampak minat AG adalah kurang sedikit.
Sebagai contoh kes melibatkan mahkamah industri. Mungkin pekerja menang dalam tuntutannya. Kami peguam dah melaksanakan kerja bicara yg panjang.
Tetapi majikan masih boleh membuat semakan kehakiman. Atas faktor kewangan dan award yg masih belum dilunaskan, mungkin sukar daripada sudut kewangan untuk Responden/pekerja ini meneruskan peringkat di Mahkamah Tinggi.
Selaku peguamcara kepada badan/institusi kerajaan, AG patut lebih "membela" kes sebegini sekaligus memberikan harapan kepada pekerja/Responden yg kurang berkemampuan.
Okay, dah maghrib. Baru nak masuk opis. Nak siapkan nasihat perundangan. Seharian sibuk urusan luar
NOTA: AG merujuk kpd pihak Peguam Negara, bukan secara individu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►