Isu bahasa belum reda. Isu pendidikan dan sebagainya. Saya suka melihat dan update isu melalui penulisan yang tidak berat.
Bahasa mudah faham dan pembaca pun tak emosi. InsyaAllah, kalau tak emosi, mental lebih sihat.
Hari ini sambung bicara penuh di Mahkamah Shah Alam. Plaintif diwakili Encik Hisham (peguam besar saiz) dan dibantu Cik Isma Afira. Manakala Defendan diwakili Peguam Prominent berbangsa melayu dan dibantu oleh seorang peguam wanita.
Hakim berbangsa melayu. Saksi hari ini berbangsa melayu.
Erk.. minta prosiding dijalankan dalam bahasa inggeris. Rasanya ikut pada IC, saksi ni bukan beranak di London.
Hak saksi. Hakim tak boleh buat apa.
Bla.. bla.... bla.. soal utama siap oleh rakan bijaksana saya. Sampai giliran saya pulak untuk Cross Examination.
Semua soalan deraf atas kertas dan kepala ini semuanya dalam bahasa Melayu. Jenuh nak tukar Bahasa --- Inggeris ---- Bahasa.
Last sekali saya tanya saksi "boleh saya terus dalam Bahasa Melayu?"
Saksi jawab "eh boleh... boleh cakap melayu"..
Saksi dah redha lepas hak dia. Hakim pun bagi kebenaran Nota Keterangan separuh Bahasa dan separuh inggeris..
Nak cerita hak saksi dan OKT dalam isu bahasa di Mahkamah. Depa kalau melayu tulotok pun nak bahasa vietnam, kena cari Che Mat dari Melaka la untuk translate.
Hak orang kena hormat. Jangan disentuh. Nanti gaduh. Mesej sampai?
Alhamdulillah kes dah habis.
Nak balik makan dan rehat. Sebab doktor kata kena banyak rehat. Semua lawyer tak sihat 2 hari ini. Tinggal chambee saja yang masih gagah bekerja.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..