Wednesday, April 11, 2018

[090.2018] "APA BEZA AFIDAVIT SOKONGAN DAN AFIDAVIT BALASAN"



Bila disebut Afidavit, ia adalah satu dokumen atau kertas kausa yang menjelaskan fakta kepada sesuatu perkara atau kepada suatu pernyataan yang ditimbulkan.

Kegagalan menjelaskan fakta samada menafikan atau mengiyakan atau memberikan penjelasan lanjut boleh dianggap bersetuju kepada fakta berkenaan.

Format Afidavit adalah sama sahaja antara satu sama lain. Yang membezakan nama adalah peranan Afidavit tersebut difailkan.

Afidavit Balasan/Jawapan - Afidavit yang difailkan sebagai balasan atau jawapan kepada pernyataan Afidavit sebelumnya

Afidavit Sokongan - adalah afidavit utama yang dideposkan bagi menyokong satu permohonan pihak Pemohon dalam bentuk apa jua permohonan itu samada melalui Notis Permohonan, Saman Dalam Kamar, Notis usul, Saman Pemula dan sebagainya.

Afidavit Menentukan Sah Pernyataan - Biasanya difailkan mengesahkan fakta yang difailkan bersama seperti pengesahan kepada Pernyataan Fakta (Statement of Fact) bagi permohonan semakan, pengesahan kepada Petisyen Perceraian, pengesahan kepada pernyataan kebankrapan dan lain-lain.

Afidavit Membantah - Difailkan khas untuk menentang atau menafikan dan membantah afidavit Sokongan atau permohonan sesuatu perkara. Sebagai contoh boleh dilihat dalam permohonan kebankrapan dan penggulungan syarikat.

Sekiranya nama khusus yang bermaksud tujuannya tidak dinamakan, sebagai contoh Afidavit Balasan tidak dinyatakan sebaliknya hanya dinyatakan Afidavit, maka pemfailan masih boleh diterima dan ia tidak fatal kepada kes kecuali dinyatakan sebaliknya.

Harap jangan keliru. pendek kata, format semuanya sama walaupun nama berbeza.
 — at Putra Heights.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►