Monday, March 26, 2018

[078.2018] SELAMAT HARI POLIS 2018


Selamat Hati Polis buat semua para polis Malaysia baik anggota dan pegawai.

Selaku peguam jenayah, deal dengan polis memang rutin kerja. Jadi polis dengan kami memang dekat la hubungannya.

Saya nak kongsi 2 cerita tentang polis yang jujur. Bukan polis tak jujur tetapi konsep kuasa, sesiapa ada kuasa, lebih cenderung kepada salah guna kuasa.

Pertama, seorang anggota polis berbangsa India. Saya tak kenal dia. Saya terlibat dalam satu kes dadah di ibu negara. Pendek cerita, dia bagi keterangan yang tidak favor kepada pendakwaan. Malah menyulitkan kes mereka.

Kes itu saya menang dan OKT bebas. Tetapi bukan kerana keterangan polis tersebut.

Saya tanya kenapa bagi keterangan sebegitu sedangkan dia boleh menipu.

Dia jawab "Tuan tanya, saya jawab betul. Menipu tak baik walaupun saya boleh buat (tipu) untuk menang. Belajar tak tinggi tapi jangan tipu"

Kedua, saya kendalikan kes bunuh di utara semenanjung. Kes ini juga OKT dibebaskan tetapi bukanlah kerana keterangan pegawai polis itu. Cuma saya tertarik dengan kejujurannya menjawab soal balas saya dengan baik.

Walaupun banyak jawapan beliau tidak favor kepada saya tetapi ada beberapa bahagian jawapan yang dia turut menjawab dengan jujur dan menyebelahi saya biarpun boleh menjejaskan kes pendakwaan.

Saya bagitahu pegawai yang tua sikit daripada saya pada masa itu, "jarang nak jumpa polis jujur macam tuan. Saya hargai walaupun banyak tidak sebelahi saya"

Jawapannya menarik untuk saya kongsi "Saya bagi makan anak isteri dengan gaji polis. Biar apa orang kata dan tak kemana pun (tak disukai atau tak naik pangkat), saya buat kerja baik-baik dapatkan rezeki halal saja. Tuan kerja tuan. Saya kerja saya"

"Selamat Hari Polis. Semoga kejujuran anda menjadi tiket syurga"

Artikel lain:
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.fb.com/criminallawyermalaysia
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.wasap.my/60139307961
 — at Kompleks Mahkamah Alor Setar.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►