Monday, March 26, 2018

[076/2018] ISU BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP DATIN #ROZITA


Semasa isu ini hot, beberapa persoalan ditimbulkan bagi komen. Rasanya untuk komen terus kepada kes adalah tidak wajar tetapi saya setuju untuk komen bahagian tepi sahaja agar netizen faham banyak benda.

O Hakim adalah tidak adil dan berat sebelah.
Segala tindakan hakim dalam isu ini saya melihat wajar atas beberapa isu iaitu:

(a) hukuman di dalam skop kuasa mahkamah dan balance dibuat antara bon dan jaminan tinggi;

(b) Setiap hukuman juga tertakluk kepada mitigasi yang mana faktor diambilkira oleh Mahkamah patut atau tidak dalam membenarkan satu hukuman sedemikian. Seterusnya faktor pemberat daripada pendakwaan yang dikatakan hampir tiada dikemukakan;

(c) Pengakuan bersalah adalah satu faktor mitigasi yang amat tinggi dan patut ditimbangkan. Ini selalu dihujahkan peguam yang jarang diambilkira oleh Mahkamah kecuali ada alasan lain.

Jadi pertamanya, netizen yang komplen tidak tahu pun intipati ini apatahlagi kandungan sebenar dalam situasi mahkamah tersebut. Ambil serkap jarang akhirnya Mahkamah dan pihak-pihak diremehkan.

O Kalau adil tindakan Mahkamah, kenapa Ramkarpal Singh dan Badan Peguam pun bantah.

Kami sebagai peguam melakukan terbaik untuk klien dan memberikan hak dan ruang untuk dibicarakan atau melalui prosiding seadilnya. Itu tugas kami selaku peguambela termasuk saya.

Dengan faktor-faktor mitigasi yang diterima Mahkamah, peguambelanya mungkin bergembira dengan ruang dan peluang untuk anakguamnya mengubah hidup kemudian.

Beberapa peguam dan Badan #Peguam yang mengkritik bukan apa yang dilakukan oleh Mahkamah tetapi hanya satu kritikan dalam memberikan ruang balance antara pihak#Mahkamah, pendakwaan dan peguam dalam memberikan keadilan kepada semua masyarakat dan tidak ada pilih bulu dalam pendakwaan berdasarkan trend hukuman semasa.

Lagi-lagi diceritakan bahawa tertuduh merupakan isteri VVIP yang boleh memberi tanggapan seolah ada campur tangan pihak ketiga kepada kes ini di mata #netizen.

Apatah lagi akhbar sendiri memaparkan seolah-olah hukuman yang diberikan adalah tidak setimpal dan tidak adil. Seterusnya memberikan tanggapan buruk bukan sahaja kepada Mahkamah tetapi kepada pendakwaan dan peguam.

Selain daripada kerja, pihak peguam juga terikat dengan tugasan selaku sebahagian daripada masyarakat Malaysia.

O Orang lain hukuman lagi berat tetiba macam tu dideranya dapat hukuman bon sahaja.

Ia bergantung kepada setiap kes dan faktanya. Ia perlu dibezakan dan setiap keputusan dibuat adalah berdasarkan kuasa yang ada dan juga fakta yang dikemukan.

Bukan seksyen #326 Kanun Keseksaan, malah kes melibatkan hukuman lebih berat seperti #rompak,#rogol dan sebagainya juga masih boleh diberikan peluang kedua dengan bon kelakuan baik. Ternyata peluang itu memberikan kesan yang baik bukan sahaja kepada Tertuduh malah kepada masyarakat umum.

Ada beberapa soalan saya tidak boleh komen kerana melibatkan kes masih berjalan.

Untuk artikel lain sila rujuk kepada:
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com
www.wasap.my/60139307961
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►