Tuesday, March 20, 2018

[075/2018] SAYA LAWYER NO.1 MALAYSIA



Pagi-pagi dapat call daripada senior lawyer. Ada juga lawyer claim gini. Tak kasihan kat kami ka. Kami pun nak nombor 1 jugak.

Nampaknya No.1 di Uganda lah kami semua yang lain.

Kita semua hebat tapi tak semua bidang kita pandai walaupun kita tahu. Jadi berpada-pada dalam mengeluarkan kata-kata kepada klien semata-mata nak dapatkan job.

Hari tu pun klien saya ada sebut dan tunjuk yang ada juga "klien saya" kutuk saya di internet dan berikan review dan bintang rendah menjadikan bad rating kepada nama saya dan firm.

Satu pun "klien saya itu" saya tak kenal. Memang ada org nak tinggal bad rating, saya takleh buat apa. Listing yang ada tu pun bukan asalnya bukan kita yg masukkan.

Maafkan depa semua.. kekadang bila ada orang bercerita buruk dan tahu kebenarannya, klien makin bertambah.

Sebagaimana page dan group fb yang pernah viralkan saya sehingga kini. Alhamdulillah, ramai melihat profesionaliti peguam dan merujuk banyak soalan kepada saya.

Terima kasih promosi saya.

Yang benar,
Peguam No.1 di Uganda.
(Selagi tiada bantahan)

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►