Monday, February 12, 2018

MEDIASI



Kini hampir kesemua kes di Mahkamah akan melalui mediasi dan Hakim akan menjadi moderator dalam merealisasikan satu tindakan penyelesaian ini.

Apa orang awam patut tahu tentan mediasi?

Mediasi adalah satu alternatif kepada pertikaian. Segala keputusan yg dipersetujui pihak-pihak dalam perbincangan akan direkodkan dalam mahkamah sebagai persetujuan bersama dan mengikat pihak-pihak.

Mediasi diperantarakan oleh seorang Hakim yang mana Hakim tersebut bukan Hakim Bicara kepada kes tersebut.

Semasa hadir mediasi tadi, Pegawai ada maklumkan kami bahawa yang paling ramai hadir dan perlu mediasi ialah kes perceraian (single petition) yang mana memerlukan perbincangan sungguh-sungguh terutama terma persetujuan berkaitan anak, hartanah dan akses. 

Susah nak buat kes cerai ni. Buat kes bunuh tidak sesukar itu. Tapi nak buat macamana, kiri sayang kanan sayang. Nak poligami, akta tidak benarkan.


Artikel lain di:

www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.fb.com/criminallawyermalaysia

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►