Thursday, November 16, 2017

KECAMAN PERIBADI MAKIN BANYAK



Dengar kata status tentang kecam saya dah makin bertambah. Dah cecah lebih 18 status dan gambar-gambar lebih banyak. Alhamdulillah.

Banyak pula calls dan mesej masuk tanya pasal undang-undang dan kes di Mahkamah. Bukankah dah pesan, ada beza orang yg tahu dan tak tahu. Semoga Allah aturkan rezeki yang baik untuk kita semua. 

Dah kurang orang bertanya, tidak seperti masa baru nak di kecam dulu. Sebab jawapan saya sama lagi dengan dulu. Mentaliti dan cara mereka boleh timbangkan sendiri.

Nak fikir tentang tu, saya banyak kerja lain. Banyak mulut nak kena saya suap di hujung bulan bagi memastikan survival mereka. Banyak lagi kerja klien nak kena laksanakan. Kalau satu klien mana nak cekau gaji.

Hari tu dah kumpulkan lebih 130 yg suka bagi komen jelik tapi sembunyikan nama. Takut orang tahu perangai dia kot.

Tapi saya ban seorang je. Sebab dia komen jelik kepada orang lain. Kepada saya, tiada masalah. Yg lain termasuk page mengarut pun saya tak ban mahupun delete dan hide komen depa. Saya tinggalkan untuk orang mudah berfikir.

Alhamdulilllah. Ada orang mesej nak minta doa ni. Mustajab kot time gini.🤣

Okaylah. Meeting dulu
Solat jangan tinggal!

More articles:
fb.com/criminallawyermalaysia
instagram.com/hishamnazirdotcom
twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►