Friday, August 4, 2017

"KENAPA INJUNKSI, FEE PEGUAM MAHAL?"


Dalam menunggu penerbangan untuk hadiri Bicara, saya didekati seorang lelaki kemas berkot. Kenalkan dirinya sebagai Razi dan seorang pegawai kerajaan. Tengok pada gaya beg dan pemakaiannya, pegawai yang agak kanan. Masih muda dalam umur awal 40an.

"Assalamulaikum Tuan. Tuan lawyer ke?"

Dia duduk hadapan saya dan kami berborak ringkas tentang penerbangan, kerja luar kawasan dan beberapa isu politik dan paling menarik isu PPIM berkenaan kes kereta baru-baru ini.

Tetiba satu soalan agak janggal diutarakan. "Kenapa fee lawyer nak buat injunksi mahal nyer?"

Dalam 7 minit lebih kurang saya ambil masa untuk jelaskan mengenainya. Dia faham dan puashati kenapa. Dia setuju mengenainya. Saya kongsikan di sini untuk pengetahuan bersama. Isu ini dah dibincangkan sebelum ini.

Fee peguam ada 2 jenis. Pertama, sememangnya tetap dan dikawal oleh perundangan berdasarkan kerja dan amaun kerja yang terlibat. Singgah mana-mana firma guaman pun, fee guamannya patut sama pada soal kerja. Ini boleh dilihat dalam isu kes perjanjian jual beli rumah, pindah milik dan sebagainya.

Kedua, fee yang tidak tetap seperti fee litigasi. Baik litigasi jenayah ataupun sivil. Ada caj yg dikenakan dilihat pada beberapa faktor antara lain seperti masa, kerumitan, bidangkuasa mahkamah, pihak-pihak terlibat, jarak, senioriti, risiko kecuaian, kemahiran peguam, pengalaman peguam dan sebagainya. Pendek kata akan ada satu amaun dikenakan oleh peguam dan klien berhak untuk memilih bersetuju atau sebaliknya dengan peguam tersebut. Jika tidak, boleh cari peguam lain atau buat perbincangan harga caj lebih rendah. Klien boleh pilih peguam atas kehendak dan kemampuannya. 

Bukan tertakluk kpd injunksi sahaja tetapi semua jenis kes. Jika kes injunksi, kemahiran dan pengalaman peguam satu kelebihan. Firma guaman yg baik ada akses jurnal dan kemahiran kajian kes lebih baik. 

Malah bidangkuasa injunksi di Mahkamah Tinggi memerlukan senioriti dan pengalaman peguam juga. Malah kos juga agak tinggi bila melibatkan mahkamah Tinggi dan peguam berpengalaman. Ditambahkan lagi jika injunksi biasanya melibatkan kesegeraan, perlaksanaan dsn bicara permohonan yang berlebihan.

Kalau pilih firma besar dan peguam agak ternama, tidak pelik jika feenya lebih tinggi. 

Sebelum dia masuk queue untuk boarding, dia sempat maklumkan saya, 

"Saya cam Tuan di page fb ...... Tuan keluarkan satu isu yg bagus di fb Tuan. Bila Tuan kena kecam atas peribadi dgn banyak status di ......, banyak benda saya faham."

"Cuma saya tak faham, kenapa Tuan tak jawab"

Kami gelak je. 

"Adakah menjawab akan menghentikan persoalan baru orang bertanya. Isunya siapa yang bertanya. Orang bijak dia mudah faham kenapa satu status perundangan dibalas sedemikian banyak status peribadi dengan andaian dan salahnyataan. Yang bagusnya ramai profesional di page ..... mesej dan bertanya. Mereka mudah faham dan saya boleh prospek klien baru. Kenapa saya mahu nafikan nikmat Allah bagi"

NOTA: Style bergambar saya memang fokus kasut. Jangan kecam pasai style kampung dan kasut murah saya.
 — at Penjara Sungai Buloh.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►