Monday, August 14, 2017

DISKAUN.


Baru keluarkan artikel mengenai fee guaman yang tetap. Ditetapkan oleh perundangan.
Masih ramai meminta diskaun. Saya pun bantu bagi diskaun diabursemen kecuali kos stamping.
"Mahal nyer.. fee awak"
"Puan, itu fee tetap. Mana-mana pun sama. Saya dah potong disbursemen, rasanya itupun dah banyak membantu"
"Tapi legal firm A boleh bagi rendah lagi"
"Baguslah. Puan patut pilih mereka. Kami kira sekali risiko termasuk jaga doumentasi fail dan laibiliti selepas perkhidmatan. Kami tak mahu naya siapa-siapa"
Tak sampai 3 bulan, perjanjian ada masalah dan beberapa isu lain. Mohon pandangan perundangan (dah la nak percuma).
Mohon maaf, Puan patut rujuk balik kpd peguam Puan kerana dia lebih tahu. Mungkin akan ada kos tambahan tapi berbaloi.
"Saya buat sendiri je perjanjian hari tu"
Aduh!
Subjek jutaan ringgit, nak keluarkan seribu dua pun kedekut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►