Monday, May 22, 2017

PEGUAM MENIPU - APA BOLEH BUAT?


Bila isu peguam menipu timbul, perkara perlu disiasat dan pihak berwajib boleh ambil tindakan. Kami sebagai peguam pun risau kebanyakan kes tipu melibatkan kes conveyancing yang mana wang klien dalam pegangan peguam hilang dan/atau digunapakai dan/atau diselewengkan.
Apa yang anda boleh buat?
Pertama, Laporkan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam dengan kos aduan RM100 dan dibuat dalam format yang dikenakan.
Majlis Tatatertib berhak menyiasat terhadap peguam berkenaan dan mengambil tindakan sebagaimana bidangkuasa yang ada.
Kedua, laporkan kepada polis mengenai kesalahan jenayah seperti ini di bawah Pecah Amanah. Polis berhak bertindak apabila ada aduan kukuh.
Kalau polis tidak bertindak, kena follow up. Kerana ada juga keadaan klien kata mereka ditipu tetapi sebenarnya salah faham atau klien buat tidak faham tentang sesuatu isu dan menuduh tipu dan pecah amanah berlaku.
Jika ditangkap, peguam boleh didakwa atas pecah amanah.
Ketiga, klien boleh buat saman sivil ke atas peguam tersebut secara personal atau melibatkan rakan kongsi dan firma guamannya. (dapatkan nasihat perundangan)
Setiap peguam adalah dilindungi oleh insuran yang wajib dibayar setiap tahun. Mungkin anda masih boleh dilindungi oleh insuran berkenaan.
Walaupun tindakan sivil dibuat, ia tidak menghalang majlis Tatatertib dan polis meneruskan tindakan pada isu yang sama.
Kerja apa pun, amanah tetap kena ada!
InsyaAllah!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►