Friday, April 7, 2017

SIRI 1: PEKERJA NAK LATIH DIRI JADI BOS KEMUDIAN HARI, SENANG SAHAJA?


Apabila saya interview kebanyakan chambering student dan peguam, saya seirngkata saya tidak pernah kerja dengan melayu. Sikap kerja saya mungkin berbeza. Pengalaman bekerja dengan bukan melayu menjadikan saya lebih baik. Tetapi ramai tak ambil port/kisah. Sebab tak nampak muka lama saya kot.

PERTAMA, Bukan bos bukan melayu menjadikan lebih baik tetapi perbezaan budaya menjadi satu kelebihan dalam bekerja. Dengan perbezaan tutur bahasa, lenggok badan sehingga budaya menjadikan pemikiran amat berbeza. Dengan penerapan budaya ini serta kesanggupan belajar dan memahaminya menjadikan kamu lain dari yg lain. Perkara yang sama ada cina bagitahu bila mereka bekerja dengan melayu.

KEDUA, pembulian kerja dan perasaan berlaku bila kita bekerja dengan bos bukan sebangsa samada secara langsung atau tidak. Tetapi ingat bahawa mereka tetap bos, jika anda mampu mengatasi buli tersebut dengan bijak, edukatif, menonjolkan bakat dan kepimpinan, anda akan lebih dipercayai. Mereka adalah bos, yang penting adalah anda menguntungkan masa dan wang mereka bukan siapa anda. Jangan rasis!

KETIGA, 24/7 fikirkan tentang kerja. Saya menghabiskan masa dan pernah menghabiskan beberapa hari di pejabat dan malah bersama isteri ada bermalam di pejabat kerana menyiapkan kerja yang banyak. Penyiksaan dengan kerja yg tanpa henti dan sibuk ke sana sini (oustation). Alhamdulillah, setelah melalui jalan sukar dengan kesempitan masa, ia mengajar saya bagaimana menguruskan masa yang baik dengan hasil kerja siap sebelum dateline yang ditetapkan. Masa ini bos kata saya dah macam bos. Saya boleh keluar masuk sesuka hati dan menetapkan diari saya sendiri dengan kepercayaan yang ada.

Sebab bos tahu kerja kita siap. Sebab itu sekarang pun banyak bos fikir kerja 24/7. Mereka bercuti tetapi dalam masa sama ada tugasan kerja di sana. Mereka menyelam sambil minum air. Tidaklah stress mana.. Pengurusan masa itu penting agar kita happy!

Sambung kemudian..

LIKE & SHARE

Subang Jaya & Sungai Petani
+60139307961
FB: criminallawyermalaysia

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►