Friday, April 7, 2017

SEGERAKAN PENGEBUMIAN DI TEMPAT KEMATIAN JENAZAH




Tidak faham kenapa ada org turut berkata negatif tentang amanat TG Haron Din untuk dikebumikan di Amerika Syarikat sekiranya berlaku apa-apa semasa di sana.
Membawa pulang jenazah hanyalah adat biasa melayu yg tidak pertimbangkan keadaan dan kehendak agama Islam. Dengan alasan senang dilawati sedangkan dimana jua kuburnya, doa sentiasa sampai.
Ini biasa terjadi kerana biasa diamalkan. Tetapi sebenarnya ia tidak perlu.
Pengebumian dan kematian ditetapkan dalam rahsia-rahsia Allah SWT. Pengebumian dimana kematian berlaku biasa untuk mengambil afdal dalam Islam dalam menyegerakan pengebumian.
Diambil juga pesanan Rasullulah SAW bagaimana kematian itu melalui satu kesakitan amat. Maka rehatkanlah jenazah dan jangan menambahkan kesan kesakitan itu dengan perjalanan dan pemindahan yg terlalu banyak.
Ada juga pengebumian tempat kematian bagi lambang dan niat tertentu sebagai Abu Ayyub Al ansari yg mahu dikebumikam di muka pintu Konstatinopel kerana beliau mahu meneruskan memegang panji Islam di muka pintu Kostantinopel apabila individu yang dijanjikan Rasullulah SAW datang membuka pintu itu untuk Islam.
Malah dalam kesedihan dan kehampaan Sultan Muhammad kekalahan mengoyang konstantinopel, kubur Abu Ayyub telah menaikkan motivasinya selain kata-kata keramat Hassan Al Yulubathy.
Selain itu pengebumian segera di tempat kematian juga melupuskan garis dunia si mati tanpa membebankan masa, tenaga dan kos mereka yang masih hidup sekaligus mengelakkan fitnah ke atas si mati atau mana-mana pihak.
Wallahua'llam
Hisham Nazir
Subang Jaya | Sungai Petani
+60013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►