Monday, April 10, 2017

NASIHAT PEGUAM DALAM PENYELESAIAN SECARA BAIK


Sebagai peguam, kita cuba untuk memberikan apa yg terbaik untuk klien. Tetapi klien juga perlu adil dalam menilai nasihat perundangan kami dan juga situasi kes mereka. Walaupun mereka lebih arif tentang kes mereka, peguam lebih mahir tentang perundangan dan hala tuju kes semasa mereka.


Apabila terdapat kejayaan dalam usaha peguam untuk menyakinkan pihak lawan bagi satu penyelesaian, anakguam berhak kpd keputusan sama setuju atau sebaliknya. Cuma keputusan mesti adil dan melihat kpd semua sudut. Bukan emosi kpd pihak lawan semata- mata.

Masalah bila ego, bicara diteruskan biarpun nasihat telah diberikan pro dan kontra kedudukan kes. Akhirnya kami menang tuntutan tetapi dengan kos dan masa yg berlebihan serta nilai penghakiman yg lebih rendah sedikit daripada tawaran penyelesaian sebagaimana peguam andaikan sebelum ini.

Sekarang mahu salahkan peguam?

#criminallawyermalaysia
#courtofappeal
#subangjaya

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►