Baru meneliti satu penulis yang saya simpulkan gila.
Saya kata gila bila ilmu tak kemana ingin bercakap dunia akhirat seisinya. Penulisannya dan komen yang ada semua negatif. Memandangkan saya dah baca, wajib saya menegur kerana saya memikirkan ia salah. Rupanya komen ditapis dan dipilih. Maka persoalan kenapa yang negatif sahaja tinggal dan komen sebelah pihak muncul terjawab.
Apa yang saya tidak faham kenapa kita bersusah payah untuk membenci sesuatu perniagaan orang atau mana-mana spesifik individu sehingga kita bersusah payah menubuhkan blog, artikel dan sebagainya sehingga kadang-kadang membuat surat tohmahan sehingga ada yang menerima kesan buruk sedangkan tohmahan anda sekadar busuk hati.
Anda tidak layak bercakap tentangnya atas dasar ilmu dan pengetahuan peribadi, fakta dan teknikal. Tetapi anda tetap kerana anda betul tanpa merujuk kepada terus sumbernya. Maka saya katakan anda bodoh.
Kebodohan ini pula banyak menyebabkan runtuhnya perniagaan dan nama baik seseorang sedangkan jika ada kelompongan, anda boleh menegur mereka. Jika tidak jelas, ada pertanyaan berhemah boleh merungkai persoalan dibangkitkan.
Dengan membuat komen, artikel, blog dan sebagainya sebelah pihak dengan fakta dan ilmu yang tidak berkelayakan, siqah yang tiada, penulisan yang berat sebelah dan tidak amanah.
Tetapi saya lebih hairan kenapa bangsa saya, Melayu sebegini. Kenapa banyak perniagaan bukan Islam yang jelas gharar pada pembuatan dan pengendaliannya tidak bercakap lantang. Kenapa yang sumbernya jelas syubahah dan tidak menguntungkan agama tidak diburukkan. Dicanang agar Muslim menyokong ekonomi Muslim.
Melayu tidak pandai bisnes bukan kerana tidak pandai. Dulu di sebut Ali Baba. Dapat peluang di sub kepada yang lain. Sekarang term itu hilang tetapi tengok situasi sekarang, kita pakai di "banglakan". Bangla dan Pakistan kaya... Bila mereka kaya kita susah hati. Siapa yang tidak mahu ambil peluang dan bagi mereka peluang.
Saya rasa melayu tidak hebat dalam bisnes kerana amanah kurang. Bercakap terlampau banyak. Tengok bisnes orang naik, nak jatuhkan. Sendiri tidak usaha untu maju.
Melayu tidak maju, saya tidak hairan. Tetapi Islam itu memajukan. Kalau Islam tidak maju, saya rasa kerana majoritinya Melayu sebegini. Saya pelik dengan spesis sebegini!
Bawa-bawalah bertaubat!
LIKE & SHARE OUR FB PAGE5
LIKE & SHARE
Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961
NOTA: Kalau fikir berbisnes dengan bangsa melayu, baik saya balik main-main dengan kucing. Paling tidak kena cakar sahaja.
— at Hisham Nazir & Cronies.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..