Friday, April 7, 2017

"KALAU SAYA BAYAR HUTANG SAYA, SAYA TIDAK LAGI BANKRAP?"




Kalau anda telah bankrap, maka hutang perlu dibayar kepada Jabatan Insolvensi selaku pihak yang mengendalikan hal ehwal kebankrapan.


Apa yang perlu dibayar?
Anda perlu bayar perintah asas hutang tertunggak. Tunggakan ialah amaun sebagaimana perintah Mahkamah termasuk amaun asas dan tambahan seperti faedah dan kos yang mana telah difailkan kepada Jbt Insolvensi dalam borang POD.

Anda perlu bayar hutang tunggakan pemiutang sampingan. Apabila anda dibankrapkan, akan ada pemiutang lain turut 'beratur' sebagai pemiutang bersama.

Amaun yang perlu dibayar ialah sebagaimana yang ditetapkan tetapi ada peguam yg bantu anda untuk membincangkan amaun yg lebih rendah. Untung lah sikit!

Bayar kepada siapa?
Sebenarnya bayar kepada pemiutang pun boleh tetapi prosesnya perlu dibayar kepada Jbt Insolvensi kerana ada komisen pembayaran dan fee guaman yang perlu dipotong dan dibayar oleh si bankrap kepada Jabatan insolvensi. Ya... mereka ada komisen dan yuran guaman.(ramai tak tahu ni)

Bayar terus hilang bankrap?
Tidak. Anda perlu mendapatkan surat perlepasan dan perlu melalui Permohonan bersama affidavit di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan perintah kebankrapan anda. Selepas itu perintah Mahkamah Tinggi boleh diserahkan kepada semua pihak yang terlibat.

PLEASE LIKE OUR PAGE & SHARE!
LIKE & SHARE

Hisham Nazir & Co
Subang Jaya | Sg Petani
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►