Friday, April 7, 2017

JABATAN PEGUAM NEGARA TIDAK BEKALKAN IKATAN OTORITI


Kalau perasan, kebanyakan hujahan kini tidak disertakan Ikatan Otoriti kecuali kes Mahkamah Rayuan ke atas. Malah bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pun banyak hujahan di cetak duplex. Penjimatan?

Bukan apa, kekadang kita perlu kepada kes-kes otoriti yang digunapakai. Kesian kepada peguam yang tidak melanggani jurnal secara fizikal atau digital.

Kalau ada langganan sekalipun, ia tetap merugikan masa dan kos untuk mendapatkannya. Jika ia diserahkan awal, dapatlah saya cari dan cetak bagi mengetahui dasar hujahannya. Silap haribulan makan tuan balik.

Kalau peguambela malas ataupun tiada masa untuk mencari dan mencetak serta membaca kes penuh, bukankah ia akan memprejudiskan keadilan dan profesionaliti para peguam kepada anakguamnya.

Sebenarnya ini bukan sahaja memberikan kesan kepada peguambela dan anakguam kami, tetapi mahkamah turut terkesan kerana tidak semua selesa membaca secara online.

Ada juga secara bersahaja bertanyakan hal ini kepada Pendakwaan dan Hakim/Majistret. Isu penjimatan adalah menjadi keutamaan dan kesukaran ini akan menjadi mudah apabila telah biasa. Saya setuju dengan jawapan itu.

Tetapi adakah peguambela boleh mendapatkan jawapan yang sama jika berbuat sedemikian, Saya malas nak cari pasal lagi.. tapi bila ditanya, Hakim gelak je!

Marilah kita ber-huhuhuhu. (saya sendiri tidak faham huhuhu tu apa)

Nota: Status ni humour bg org tertebtu. Asal org tertentu tu faham mesejnya, yg tiada kaitan jangan sarkastik. Simpan biar nampak kita semua cerdik.

LIKE & SHARE

Hisham Nazir & Cronies
Sungai Petani & Subang Jaya
+6013-9307961 | +6011-38537961
www.hishamnazir.com | net
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►