Friday, April 7, 2017

BERANI JADI YANG PERTAMA



Kata peguam senior, antara perkara mudah diingat orang, kita membuat perkara yang tidak biasa dibuat orang tetapi dibenarkan perundangan.

Semalam kebanyakan peguam kata pembacaan wakalah melalui online di Mahkamah Syariah di Negeri A masih tidak diimplemen kerana tiada keperluan kes walaupun di Lembah Klang ia sudah menjadi perkara biasa.

Hari ni bertanyakan Mahkamah, pegawai Mahkamah Syariah sahkan bahawa penggunaan online dibenarkan.

Sekali peguam syarie start, lepas ni ramai lah buat. Ini akan memberikan kemudahan dan kelancaran prosiding Mahkamah Syariah.

Dulu masa mula-mula praktis, sifu ajar bila "mai Mahkamah dok depan. Apa-apa kita kena dahulu buat dari orang lain. Itu kalau nak berjaya... Baru muka kita Mahkamah ingat. Ingat nak marah atau ingat kerana suka, itu soal lain"

Tahniah kepada pihak yg memudahkan urusan. Tahniah kepada yg berani bertanya dan mencuba.

Hisham Nazir
Sungai Petani
+6011-38537961
 — at Park Avenue Hotel.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►