Friday, April 7, 2017

FITNAH & FACEBOOK



Baru-baru ini sahabat dan juga Junior saya, Daus Mohamood ada cerita sedikit mengenai fitnah yang berlaku di Facebook dan bagaimana ingatan tentang senangnya berlaku fitnah terutama kepada semua orang nak up status mereka. Orang lain pun up status tetapi ada juga penelitian.


Saya nak menceritakan tentang ini kerana saya dah mula mengendalikan kes fitnah di Facebook seawal 2010-2011 yang mana banyak fitnah berlaku melalui komen dan status di Facebook. Tidak kurang juga gangguan seksual melalui teks di Facebook. Tetapi kesemuanya diselesaikan dengan cara baik dan juga ada diselesaikan dengan sedikit bayaran kepada klien. (klien!)

Belum ada kes saya kendalikan berkenaan fitnah dan masalah di Facebook sehingga ke Mahkamah sehingga tahun 2015. Setahun dua yang lepas saya ada berbincang ringkas dengan sahabat peguam tersohor, Tuan Adnan Seman yang masa itu ada kes berkenaan pernyataan di media sosial sehingga ke Mahkamah Rayuan.

Saya tidak mahu cerita pasal orang lain tetapi saya nak bercerita tentang diri saya sendiri yang mana tahun 2014 banyak juga fitnah dan pernyataan bodoh ditujukan kepada saya samada timbul daripada ketidapuasan hati kerana beberapa isu tugasan am dan juga isu Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

Bagi mengelakkan isu ini berlebihan dan merebak terutama kepada rakan-rakan dan membantutkan semangat yang lain, 6 pihak saya namakan sebagai Defendan yang akan saya saman secara berperingkat sekiranya gagal membuat permohonan maaf terbuka melalui cadangan firma guaman Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

4 daripadanya membuat permohonan maaf secara terbuka dan kami menjadi kawan. Manakala 2 lagi berdegil tidak mahu mengakui kesalahan dan menarik balik kata-kata negatif yang dikeluarkan secara terbuka kepada saya. Tiada antara mereka saya siarkan permohonan maaf mereka atas sebab keikhlasan tindakan mereka di peringkat awal.

Salah satu daripadanya di mulakan prosiding perundangan ke atasnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tuntutan gantirugi menyamai perlindungan insuran peribadi bagi profesional guaman saya (Berapa juta RM agaknya).

Setelah hampir kepada peringkat bicara, beliau bersetuju menyelesaikannya dengan permohonan maaf TETAPI dengan kos yang dipersetujui. Kenapa nak rugi banyak sedangkan lebih baik kita tidak mencari masalah dengan mengeluarkan perkataan yang negatif dan memalukan orang lain dengan kita tahu perbuatan dan perkataan itu tidak benar.

Tinggal satu lagi prosiding berkaitan fitnah yang melibatkan seorang individu yang memberikan komen dan pernyataan salah kepada awam dan kebarangkalian boleh dibaca lebih daripada 20 ribu pemilik akaun facebook dan juga banyak lagi tindakan lain yang diketahui dan dikumpulkan sepanjang satu tahun 2015. Setahun diberikan untuk membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis kepada saya tetapi enggan sehingga kini.

InsyAllah mungkin dalam Ogos bulan sesuai untuk dimulakan ke atas yang degil ini. Bak kata orang cina "ini bulan bulan halau hantu"

Selain daripada itu, ada lagi 2 kes yang melibatkan klien saya di Facebook dan Twitter akan diteruskan di Mahkamah dalam masa terdekat.

Saya menulis kerana hairan apa yang kita dapat bila kita dengki sedangkan kita boleh maju dengan membantu. Akhir kata saya saya berharap orang-orang yang report facebook peribadi saya sebagai laman porno dan mengarut bertaubat. Kot mati tak sempat jumpa saya.

Klik LIKE & SHARE. Terima kasih

Wallahua'llam

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►