Friday, April 7, 2017

CARA MUDAH MEMBACA REKOD RAYUAN JENAYAH



Masih ada 2 petisyen rayuan untuk disiapkan minggu ini. Bagaimana nak membaca dengan cepat dan kuasai fakta dan perundangan dalam satu-satu rekod rayuan?


Sebagaimana skill membaca kes journal, membaca rekod rayuan ada caranya. Ini penting terutama bagi peguam muda atau tidak biasa lagi dengan perundangan tertentu ataupun kesuntukan masa.

Bagaimana anda membaca dan cuba memahaminya, itu terpulang kepada anda dan setiap orang ada caranya. Otak berfungsi berbeza-beza.

Ini cara saya sebagaimana diajar oleh beberapa senior lawyer terkemuka semasa awal-awal bekerja:

Pertama, baca Notis Rayuan sebab nak tahu rayuan apa. Tapi kalau 39B atau hukuman gantung for sure rayuan melibatkan sabitan dan hukuman.

Kedua, baca pertuduhan. Sebab dari situ teknikaliti boleh recall bagi pertuduhan apa berserta elemen yang ada.

Ketiga, terus kepada hujahan pihak-pihak semasa kes pendakwaan atau pembelaan. Sekaligus kita tahu apa isu hujahan mereka dan fakta yang ada di dalam Nota Keterangan. Ini pentingnya hujahan dibuat secara bertulis kerana ia akan menjadi sebahagian daripada Rekod Rayuan seterusnya memudahkan peguam dan hakim merujuk kembali hujahan samada ia dipertimbangkan oleh Mahkamah Bicara atau sebaliknya.

Keempat, baca Penghakiman. Dengan bacaan hujahan sebelum ini kita boleh buat bandingan isu perundangan dan teknikaliti yang boleh dibangkitkan sebagai isu penting atau terdapatnya kekhilafan Hakim Bicara.

Kelima, Baca Nota Keterangan dan ekshibit sebagai pelengkap kepada step 3 dan 4 di atas bagi mendalami apa yang dihujahkan ayat demi ayat dalam keterangan tersebut.

Klik LIKE & SHARE. Terima kasih

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►