Tuesday, April 18, 2017

BICARA RAYUAN KEPUTUSAN DISIPLIN PEGUAM


5 tahun bantu anakguam bagi mendapatkan haknya dalam baki daripada firma guaman.

Akhirnya peguam-peguam yg mengendalikan kes berkenaan telah diperintah restitusi sejumlah wang milik anakguam saya. Peguam-peguam dibuang daripada daftarai (struck out of roll) oleh Majlis Peguam.

Salah seorang daripada mereka merayu di Mahkamah Tinggi dan kini merayu lagi keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan Malaysia. Pagi ini ditetapkan untuk bicara rayuan berkenaan.

Semoga ia bermanfaat. Bukan niat anakguam saya untuk sejauh ini. Sebagai orang kampung, dia cuma mahukan baki wang beliau dan ahli keluarganya.

Semoga ia menjadi ingatan kepada kami selaku peguam. Doa baik-baik buat peguam terlibat.

Pagi ini tiada apa lagi saya mahu tambah. Mungkin bagi peluang kpd kaunsel/peguam Majlis Peguam untuk menghujahkan isu perundangan yang berbangkit.

InsyaAllah.

#hishamnazir
#peguambela
#peguamcara
#mahkamahrayuan
#criminallawyer

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►