Thursday, October 31, 2013

Penganggur dipenjara 2 tahun bagi seksyen 408 Kanun Keseksaan


SHAH ALAM: Seorang penganggur yang baru sahaja melahirkan bayi membuat pengakuan salah di Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan di bawah seksyen 408 Kanun Keseksaan. Beliau yang didakwa atas 6 pertuduhan seksyen yang sama telah dituduh pada 3 bulan yang lepas, telah mengaku salah terhadap kesemua pertuduhan tersebut yang melibatkan sebuah syarikat kontraktor di Shah Alam.

Beliau yang diwakili Peguambela Encik Hisham Nazir, telah membuat rayuan kepada mahkamah apabila telah mengambil peluang membuat pengakuan salah pada peirngkat terawal apabila mempunyai peluang berbuat sedemikian. 

Atas faktor peribadi dan perundangan yang dimitigasikan oleh peguambela beliau serta hujahan pihak Pendakwaraya serta 175 ekshibit dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman selama 2 tahun bagi kesemua pertuduhan dan berjalan serentak.




0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►