Monday, September 10, 2012

5 Pemuda India Dibebaskan Dari Pertuduhan Merompak


Shah Alam: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan 5 pemuda berbangsa India yang ditahan dan dituduh di bawah pertuduhan seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak pada tahun 2010 tanpa dipanggil untuk membela diri ke atas pertuduhan.

Mahkamah Sesyen telah memutuskan sedemikian setelah mendengar keterangan daripada 7 saksi pendakwaan dan bersetuju bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas 5 lelaki berkenaan.

Keputusan Mahkamah dibacakan dalam kehadiran kelima-lima tertuduh dan peguambela, Encik Hisham Nazir serta Puan Rohana bagi pihak pendakwaan.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►