Friday, August 5, 2011

Hati-Hati Dalam Memilih Kawan Malam


Sebagai peguambela dalam pelbagai undang-undang jenayah di Malaysia ini, Uichi Gaban nak kongsikan satu perkara mengenai kelakuan dan penglibatan remaja terutamanya dalam kancah jenayah.

Penglibatan mereka banyak berlaku dalam isu pergaulan yang tidak kena pada tempatnya, adat dan mahupun beradab agamanya. Maka timbul pelbagai jenayah remaja dan selekehnya kekadang mereka bukan melakukan jenayah kekerasan tetapi termasuk jenayah emosi seperti pergaduhan ugutan mahupun dalam perkara melibatkan seksual termasuk dengan kerelaan tetapi banyak berlaku kepada mangsa bawah umur.

Kebanyakan kes juvana Uichi Gaban hanya wakili daripada permohonan pihak Bantuan Guaman Majlis Peguam sebab kekadang naik rimas melihat gelagat anak muda sekarang dengan masalah sosial dan jenayah yang dilakukan seperti tiada rasa bersalah dan menyesal bagi mereka sedangkan penjaga di luar menitis air mata dan riuh ke sana sini dalam memohon bantuan.

Sepanjang dalam mengendalikan kes melibatkan juvana mahupun kes melibatkan dewasa dalam pertuduhan jenayah, Uichi Gaban perasan dan ingin kongsikan dengan anda bahawa kebanyakan kawan-kawan yang melibatkan atau memungkinkan kearah jenayah adalah tersalah memilih kawan.

Banyak ibu bapa tidak menitikberatkan soal dalam berkawan dan dengan siapa anak mereka berkawan dan kekadang hanya sekadar tahu dan mengagak anak siapa sahaja. Kita lupa patutnya walaupun kita sebagai penjaga tidak memilih dasar pendidikan dan latarbelakang sebagai faktor dalam membenarkan anak memilih kawan, sekurangnya para penjaga patut menegaskan soal agama dalam memilih rakan. Adakah rakan anak anda yang jenis beragama?

Uichi Gaban selalu bertanyakan suatu perkara bila melihat fail jenayah. Adakah mereka ini jenis keluar malam? maksudnya suka berpeleseran atau keluar berkawan pada sebelah malam dalam erti kata bukan untuk tujuan rasmi seperti tuisyen dan tanpa penjagaan ibu bapa.

Jawapannya - YA kesemua jenayah (kecuali jenayah seksual) melibatkan remaja dan orang muda melibatkan mereka yang jenis keluar malam. 

Di mana anak anda sekarang? Dengan siapa mereka berkawan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►