Wednesday, April 13, 2011

Seksyen 39B ADB 1952: Pendakwaraya Merayu Keputusan Mahkamah Tinggi Membebaskan & Melepaskan Seorang Buruh Indonesia Daripada Hukuman Gantung


Putrajaya: Mahkamah Rayuan menetapkan satu tarikh Bicara bagi mendengar rayuan daripada pihak Peguam Negara terhadap satu keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2008 yang membebaskan dan melepaskan seorang buruh Indonesia daripada pertuduhan mengedar dadah berbahaya yang disabit kesalahan boleh dihukum gantung sehingga mati.

Responden ditangkap oleh 3 kumpulan polis yang membuat serangan hendap terhadap satu kawasan di Ipoh apabila menerima laporan maklumat melalui telefon daripada pihak yang tidak dikenali. 

Tangkapan dibuat ke atas Responden dan 3 yang lain, namun hanya Responden dituduh di Mahkamah Tinggi Ipoh dan tiada rekod pendakwaan mengenai 3 yang lain tersebut. Malah ketiga mereka tidak ditawarkan sebagai saksi memandangkan keterangan menyentuh mengenai mereka ada diberikan semasa peringkat kes pendakwaan. Malah pendakwaan tanpa alasan yang jelas mengemukakan passport ketiga lelaki yang lain semasa Responden dituduh di Mahkamah Tinggi.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►