Thursday, April 7, 2011

Menyiapkan Kerja ala-ala McGyver Dalam Kesibukan


Bagi anak-anak muda daripada Uichi Gaban, nama McGyver sememangnya tidak berapa dikenali tetapi kalau berusia dan masih muda macam Uichi Gaban ke atas, mungkin itu satu nama besar yang merujuk kepada siri drama bersiri yang sama naik dengan Airwolf dan beberapa yang lain.

Dulu-dulu siri drama ini memang ditunggukan setiap malam apabila kisah yang menarik dipaparkan dengan tayangkan dengan gaya cerita serta idea sains yang menarik seperti Mission Impossible pada waktu itu. Watak utama yang dibawa R. Dean Anderson sebagai seorang agen khas yang menyiasat bagi pihak kerajaan langsung tidak berperwatakan secret agent itu amat ringkas dengan pengetahuan sains yang tinggi selain tidak berminat menggunakan senjata api sebaliknya hanya membawa satu set pisau lipat yang lengkap.

Dipendekkan cerita, tindakan-tindakan ala-ala McGyver berjaya saya selesaikan ke atas harta sendiri. Orang rumah pandang Uichi Gaban macam biasa buat kerja pecah-pecah rumah pula. Dalam masa yang lain dapat pujian kreatif. 

Tapi minggu-minggu ini amat sibuk dengan urusan di siang hari dan di malam hari. Kalau tidak menjawab panggilan anda, tidak dapat ketemui anda, harap jangan berkecil hati. Kerja jalan macam biasa.





0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►